Seperti biasa, setiap hari kita akan menghadapi pelbagai masalah. Saya merupakan seorang pelajar yang suka memasak dibilik. Selaku pelajar yang duduk di kolej kediaman universiti, masalah bau dan haba panas yang terhasil ketika memasak merupakan fenomena yang selalu dialami. Justeru, saya telah menghasilkan rekacipta saya daripada barangan terpakai pada kadar harga yang murah. Mari saya tunjukkan bagaimana saya membuatnya.
Bahan yang diperlukan
1. Botol air terpakai
2. Kipas PC
3. Hot glue gun
4. Selotape
5. Gunting
6. Kotak kertas A4
7. Aluminium Keras (saya beli kat Daiso)
8. Power adapter printer terpakai
9. Aluminium foil jika perlu
Aluminium beli dari Kedai Daiso |
AC adapter printer lama |
Penutup kotak kertas |
Botol air terpakai |
Cara-cara pembuatannya
1. Potong dan sambungkan botol mengikut bentuk dan panjang yang kita inginkan. Lagi pendek lagi bagus.
2. Lubangkan kotak dan lekatkan botol tadi pada lubang tersebut.
3. Pasangkan kipas di bawah kotak tersebut
4. Pasangkan wayar kipas pada AC adapter.
biasanya kipas desktop akan ada 3 wire, pilih yang berkaitan |
Ini adalah pin AC adapter |
Sambungkan seperti ini |
5. Siap
Mari kita lihat keberkesanannya
* nampak tak kipas tu menyedut tisu yang saya letakkan. Semoga dapat membantu.
0 comments:
Post a Comment