Dunia sebagai tempat persinggahan

Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi padanya jalan menuju syurga.

Jadilah hidup seperti Lebah

Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

Gambar di Floating, Semporna

Dalam satu hadis Rasul s.a.w. digambarkan dunia ini umpama kita mencelupkan jari ke dalam lautan yang luas, kemudian kita angkat jari, dan titisan yang masih tinggal di jari, cuma itu sahajalah nikmat dunia.

Hebatnya haiwan Sesumpah

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Tuesday 3 March 2015

Lawatan ke Jabatan Pertanian Serdang (Pengenalan Sistem Fertigasi)

 
Bagi memenuhi syarat keperluan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) dan Outcome Based Education (OBE), pelajar daripada Kejuruteraan Biologi dan Pertanian bagi kursus Kejuruteraan Pengairan dan Salairan telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pertanian Serdang. Tujuan lawatan industri adalah bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap prinsip asas dalam kejuruteraan pegairan dan saliran dan pengaplikasiannya dalam bidang kejuruteraan pertanian.

Pengenalan Fertigasi
Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah. Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu “fertilization dan irrigation”. Sistem Fertigasi ialah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro

Tanaman yang sesuai untuk fertigasi
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

Kelebihan Fertigasi
Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.

Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. 


Tujuan Fertigasi

Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cili.



Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.


Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.

Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, struktur pelindung hujan juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.



Tanaman di bawah Struktur Pelindung Hujan 
(SPH) di Jabatan Pertanian Serdang.


Medium semaian diletakkan di dalam polibeg
  


PEMBINAAN SISTEM FERTIGASI
Struktur Pelindung Hujan (SPH)
Penggunaan struktur pelindung tanaman (SPT) atau dikenali juga sebagai struktur lindungan hujan dapat memberikan hasil yang optimum kepada tanaman fertigasi yang diusahakan. Terdapat dua jenis SPT iaitu Dome dan Gabber seperti yang digunakan di Jabatan Pertanian Serdang. Struktur pelindung tanaman dapat melindungi tanaman daripada terkena hujan dan mengakibatkan pokok dijangkiti kulat. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat pada tanaman. SPT ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang optimum kerana setiap pokok mendapat air dan baja yang mencukupi walaupon hari hujan.

Jika system fertigasi yang tidak menggunakan SPT, semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan mengakibatkan kandungan baja di dalam media tanaman menjadi cair. Kecairan air baja ini akan mengakibatkan tanaman tidak dapat nutrient yang mencukupi dan pengusaha juga akan mengalami kerugian kerana pembaziran baja serta mendapat hasil yang kurang pada musim hujan.

Asasnya struktur pelindung tanaman diperbuat daripada besi dan atap polietina lut sinar. Tujuan menggunakan atap polietine lutsinar kerana ianya tahan lama dan membenarkan cahaya melaluinya secara terus. Dengan ini pokok dapat melakukan proses fotosintesis kerana mendapat cahaya yang cukup.



SPT jenis gabber di Jabatan Pertanian Serdang
 

Weed control mat jenis Geo textile diletakkan 
di lantai SPT untuk mengawal rumpai




Pengairan
Rekabentuk sistem paip adalah sangat penting bagi memastikan campuran air baja yang disalurkan melaluinya dapat sampai ke setiap pokok secara sekata, agar setiap pokok mendapat sukatan baja yang sama. Kalau tak sama, nanti pertumbuhan pokok dan hasil pun tak sekata. Nanti ada pokok yang besar, ada yang kecik, ada yang hasil sikit, ada yang banyak. Bagi tujuan tersebut, perancangan perlulah dibuat terlebih dahulu. Sistem paip mestilah direka bentuk agar tekanan aliran di dalamnya adalah sekata (ataupu sesekata mungkin).





Tangki bagi menyimpan baja dan air.

Timer untuk penetapan masa pengairan.

“Solenoid valve” untuk buka dan tutup injap.

2 HP pam untuk pengairan

Filter jenis net untuk menapis benda asing. Ada dua jenis iaitu disc dan net.

OT valve atau ball valve untuk mengawal aliran pengairan

Paip submain HDPE Poly (32mm)

Paip lateral LDPE Poly (15mm)

Reduce control valve (quick action valve) (15mm)

Microtube (1mm)

Stopper (32mm) untuk ‘flushing’

Dripper/penitis (1mm) untuk membekalkan saliran ke medium



Baja
Dalam sistem fertigasi, larutan baja perlu diberikan kepada pokok sekerap mungkin kerana medium yang digunakan tidak mempunyai nutrien. Pemberian baja perlu diberikan mengikut keperluan pokok untuk mengelakkan pembaziran. Larutan baja yang diberi hanyalah untuk kegunaan pokok dari sesi pertama pemberian baja ke sesi ke dua pemberian baja dalam hari yang sama.

Kandungan Baja Fertigasi
Larutan A :    Kalsium nitrat, Iron (EDTA). (Tangki A)
Larutan B : Kalium nitrat, Magnesium sulfat, Monokalium fosfat, Mangan fosfat, Mangan sulfat, Zink sulfat, Kuprum Sulfat, Asid Borik, serta Ammonium dan Natrium molibdat.(Tangki B)
Tangki C : Air biasa digunakan untuk tujuan ‘flushing’ bagi pembersihan dan penutralan paip.








Medium Semaian
Fertigasi adalah daripada keluarga hidroponik. Mengikut takrifan hidroponik, pokok diberi nutrien dan air tanpa menggunakan tanah. Oleh itu, dalam sistem fertigasi, medium yang mudah dicari dan murah akan digunakan di dalam system. Bagi unit fertigasi di Jabatan Pertanian Serdang, mereka menggunakan sabut buah kelapa yang dikomposkan bersama dgn tanah.
Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan juga sekam bakar (1:1) digunakan untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di dalam polibeg. Tetapi penggunaan habuk sabut kelapa sahaja atau sekam bakar sahaja juga diamalkan oleh sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada sesetengah kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan tidak mempunyai sekam bakar.




Dripper yang diletakkan di dalam medium



Medium yang diletakkan di dalam polibeg