Dunia sebagai tempat persinggahan

Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi padanya jalan menuju syurga.

Jadilah hidup seperti Lebah

Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

Gambar di Floating, Semporna

Dalam satu hadis Rasul s.a.w. digambarkan dunia ini umpama kita mencelupkan jari ke dalam lautan yang luas, kemudian kita angkat jari, dan titisan yang masih tinggal di jari, cuma itu sahajalah nikmat dunia.

Hebatnya haiwan Sesumpah

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Thursday 22 January 2015

Merantau ke Jepun


Assalamualaikum semua...

Sememangnya percutian saya ke Jepun semasa program mobiliti yang saya ceritakan baru-baru ini memang sangat mengujakan. Pada entri kalai ini, saya akan mencerikatan pengalaman saya ketika mengadakan lawatan di beberapa tempat yang sangat menarik di Jepun.


1. Lawatan ke Kilang Proses Sampah (Shinmoji Incineratnon Factory)

Kilang ini merupakan salah-satu kilang pemprosesan sampah di Jepun. Yang uniknya kilang ini tidak berbau sampah langsung. Jadi sangkaan saya sama sekali meleset. Kilang ini juga terletak di tepi laut dan mempunyai permandangan yang sangat cantik. 

Mari saya ceritakan bagaimana proses yang dilakaukan di kilang ini. Sampah-sarap sekitar bandar Kyushu akan di angkut dan di buang ke dalam tangki sampah kilang ini. Seterusnya, sampah tersebut akan dilerai-leraikan menggunakan 'arm robot' dikilang ini dan seterusnya dimasukkan ke dalam kawasan pemanas (melting furnance) pada suhu sehingga 1800 celcius untuk dicairkan. Hasil daripada pemanasan ini akan menghasilkan larva 'metal' dan 'slug'. Metal akan dihantar ke kilang proses besi manakala slug akan diproses untuk diguna semula untuk jalan raya dan batu bata jalan. 


gambaran proses yang berlaku
keadaan di dalam ruang pemanasan

Yang uniknya lagi, 'steam' hasil daripada 'melting furnance' tadi akan dimasukkan ke dalam dandang (boiler) untuk menghasilkan elektrik bagi kilang ini dan kawasan sekitarnya. Mesti pembaca tertanya-tanya kan tentang asap daripada proses tadi.? Ya sememangnya asap tadi akan dirawat terlebih dahulu sebelum dibebaskan ke udara. Untuk pengetahuan anda, polisi kerajaan jepun mewajipkan semua industri memastikan semua hasil daripada kilang samada asap mahupun cecair yang dilepaskan mestilah dirawat terlebih dahulu. Itulah sebabnya dalam cerobong asap tu anda tidak melihat asap seperti di Malaysia kerana asap yang dilepaskan itu tidak berbahaya.  

Hasil daripada metal yg 
digunakan dalam industri besi

Hasil daripada slug dijadikan batu bata


2. Kyushu Railway History Museum
Bersama peserta lain di stesen Mojiko

Muzium kereta api Kyushu, Jepun terletak di Stesen Mojiko iaitu stesen kereta api terakhir di bandar Kyushu ini. Muzium ini menempatkan banyak kereta api lama yg sebelum ini digunakan di sekitar bandar Jepun dan Kyushu. Di sini kami berpeluang untuk melihat teknologi kereta api Jepun yang dibanagunkan selapas pemerintahan zaman EDO. Jepun memulakan penggunaan kereta api sejak tahun 1850an lagi. Awal bukan, kerana ketika itu kita masih lagi dibawah pemerintahan sistem residen oleh pihak British. Shinkansen atau lebih dikenali sebagai bullet train turut memulakan khidmatnya pada tahun 1980an di Bandar Kyushu ini.





3. Kilang Eco Wood
Contoh eco wood yg pelbagai bentuk
Eco Wood merupakan salah satu ciptaan unik yang dihasilkan di Jepun. Kita tidak dapat melihat produk ini kerana Malaysia merupakan antara pengeluar balak di dunia dan kita masih belum memerlukan produk seperti ini. Akan tetapi, hal sebaliknya berlaku di Jepun kerana mereka tidak mempunya banyak sumber kayu balak seperti di Malaysia. Justeru, eco wood merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan bagi mengawal pembalakan di Jepun. 

Eco wood merupakan kayu yang dikitar semula yang dicampurkan dengan plastik PET. Contoh plastik PET adalah seperti bekas makanan yang kita biasa gunakan. Selain itu terdapat juga campuran rahsiakan mereka bagi mengikat bonding atau molekul kayu bersama plastik tersebut. Yang menariknya, kekuatab kayu ini setaraf dengan kayu biasa disamping mempunyai 'yield strength' mahupun 'sensile stress' yang telah diuji mampu bertahan sehingga 100 tahun. Hebat bukan. Namun, mereka tidak menggunakan eco wood ini dalam bidang pembinaan seperti 'support beam' atau sokongan untuk tujuan pembinaan. Eco wood ini hanya digunakan bagi industri perhisan mahupun lantai rumah.
Plastik PET bersama kayu yg dikitar semula
eco wood dijadikan kerusi
Struktur eco wood
Penerangan dari pegawai kilang





Wednesday 21 January 2015

Pertukaran Pelajar ke Kyutech University, Jepun

Kokura Castle

Assalamualaikum dan salam sejahtra semua...


Konichiwa!!Apa khabar semua..? Pada entri kali ini, saya akan bercerita tentang pengalaman saya ketika pertukaran pelajar di Jepun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah bertandang ke negara Matahari Terbit bagi Program Pertukaran Pelajar UPM-Kyutech. Program ini memang memberikan pengalaman yang banyak kepada saya untuk belajar sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang Jepun. Kyutech University yang terletak di bandar Kyushu, Jepun ini merupakan salah satu universiti yang terkemuka di Jepun. Kami turut dibawa melawat tempat-tempat menarik sekitar bandar Kyushu ini. 

keadaan air yg tercemar sebelum ini
air yg kini telah dipulihkan
keadaan udara yg tercemar
udara yg kini telah dipulihkan


Program ini merupakan program dibawah Sakura Science Plan (SSP) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami bagaimana masyarakat Jepun bangkit untuk membina semula alam sekitar mereka yang sebelum ini tercemar. Sememangnya kita tahu Jepun merupakan negara industri dimana terdapat berpuluh ribu kilang industri berat terdapat di Jepun terutamanya di bandar Kyushu ini. Inisiatif daripada warga suri rumah Jepun membangkitkan slogan "Give back the blue sky" telah menjadikan bandar Kyushu kini berubah wajah.


Semasa disana, kami turut menghadiri satu symposium iaitu "Symposium in Engineering and Applied Science (SAES)" dimana symposium ini diadakan bagi para penyelidik dari Jepun dan Malaysia berkongsi pandangan dan ilmu dalam ilmu sains dan kejuruteraan. Saya juga turut terlibat dalam memberi sedikit pembentangan bagi kategori poster.

Sesi bergambar bersama peserta Symposium





Sesi bergambar bersama penyelidik Japan-Malaysia

Penerangan dari salah seorang pembentang
Saya turut terlibat dalam pembentangan



Kenangan bersama Vice Chanselor UPM dan Vice President Kyutech