Dunia sebagai tempat persinggahan

Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi padanya jalan menuju syurga.

Jadilah hidup seperti Lebah

Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

Gambar di Floating, Semporna

Dalam satu hadis Rasul s.a.w. digambarkan dunia ini umpama kita mencelupkan jari ke dalam lautan yang luas, kemudian kita angkat jari, dan titisan yang masih tinggal di jari, cuma itu sahajalah nikmat dunia.

Hebatnya haiwan Sesumpah

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Friday, 29 January 2016

Kipas penyedut asap (DIY)

Seperti biasa, setiap hari kita akan menghadapi pelbagai masalah. Saya merupakan seorang pelajar yang suka memasak dibilik. Selaku pelajar yang duduk di kolej kediaman universiti, masalah bau dan haba panas yang terhasil ketika memasak merupakan fenomena yang selalu dialami. Justeru, saya telah menghasilkan rekacipta saya daripada barangan terpakai pada kadar harga yang murah. Mari saya tunjukkan bagaimana saya membuatnya.




Bahan yang diperlukan
1. Botol air terpakai
2. Kipas PC 
3. Hot glue gun
4. Selotape
5. Gunting
6. Kotak kertas A4
7. Aluminium Keras (saya beli kat Daiso)
8. Power adapter printer terpakai
9. Aluminium foil jika perlu

Aluminium beli dari Kedai Daiso

AC adapter printer lama

Penutup kotak kertas

Botol air terpakai



Cara-cara pembuatannya
1. Potong dan sambungkan botol mengikut bentuk dan panjang yang kita inginkan. Lagi pendek lagi bagus.
2. Lubangkan kotak dan lekatkan botol tadi pada lubang tersebut.

Sambungkan botol macam ni
Saya tidak tahu ap nama benda hijau ni.
3. Pasangkan kipas di bawah kotak tersebut

4. Pasangkan wayar kipas pada AC adapter. 
biasanya kipas desktop akan ada 3 wire, pilih yang berkaitan
Ini adalah pin AC adapter
Sambungkan seperti ini
5. Siap



Mari kita lihat keberkesanannya



* nampak tak kipas tu menyedut tisu yang saya letakkan. Semoga dapat membantu.






Monday, 18 January 2016

Control Servo menggunakan Keypad (Arduino Project)

Assalamualaikum wbt kepada pembaca blog saya yang saya hormati...


Setelah disibukkan dengan hal lain, Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi projek arduino yang saya cuba hari ini.  Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk mengawal servo menggunakan keypad. Applikasi ini boleh digunakan untuk membuka atau mengunci pintu rumah.








Bahan yang diperlukan
1. Arduino board
2. Servo
3. Breadboard
4. Jumper atau wire
5. Keypad 3x4 atau 4x4

Software yang diperlukan
1. Arduino IDE


Step 1 (wiring keypad)
Bermula dari kiri >> pin 9,8,7,6,5,4,3





Step 2 (wiring Servo)
Kuning >> pin 11
Merah >> pin 5v
Hitam (Coklat) >> pin GND











Step 3 (Wiring LED)

LED Merah >> pin 12
LED Putih >> pin 13

 


Coding Arduino
 #include <Keypad.h>  
 #include <Servo.h>  
 Servo servo_Motor;   
 char* password = "789";  
 int position = 0;  
 const byte ROWS = 4;   
 const byte COLS = 3;   
 char keys[ROWS][COLS] = {  
 {'1','2','3',},  
 {'4','5','6',},  
 {'7','8','9',},  
 {'*','0','#',}  
 };  
 byte rowPins[ROWS] = { 9, 8, 7, 6, };  
 byte colPins[COLS] = { 5, 4, 3, };  
 Keypad keypad = Keypad( makeKeymap(keys), rowPins, colPins, ROWS, COLS );  
 int redPin = 12;  
 int greenPin = 13;  
 void setup()  
 {  
 pinMode(redPin, OUTPUT);  
 pinMode(greenPin, OUTPUT);  
 servo_Motor.attach(11);  
 setLocked(true);  
 }  
 void loop()  
 {  
 char key = keypad.getKey();  
 if (key == '*' || key == '#')  
 {  
 position = 0;  
 setLocked(true);  
 }  
 if (key == password[position])  
 {  
 position ++;  
 }  
 if (position == 3)  
 {  
 setLocked(false);  
 }  
 delay(100);  
 }  
 void setLocked(int locked)  
 {  
 if (locked)  
 {  
 digitalWrite(redPin, HIGH);  
 digitalWrite(greenPin, LOW);  
 servo_Motor.write(11);  
 }  
 else  
 {  
 digitalWrite(redPin, LOW);  
 digitalWrite(greenPin, HIGH);  
 servo_Motor.write(90);  
 }  
 }  


Video
* Password yang saya gunakan adalah "789"