Wednesday 21 January 2015

Pertukaran Pelajar ke Kyutech University, Jepun

Kokura Castle

Assalamualaikum dan salam sejahtra semua...


Konichiwa!!Apa khabar semua..? Pada entri kali ini, saya akan bercerita tentang pengalaman saya ketika pertukaran pelajar di Jepun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah bertandang ke negara Matahari Terbit bagi Program Pertukaran Pelajar UPM-Kyutech. Program ini memang memberikan pengalaman yang banyak kepada saya untuk belajar sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang Jepun. Kyutech University yang terletak di bandar Kyushu, Jepun ini merupakan salah satu universiti yang terkemuka di Jepun. Kami turut dibawa melawat tempat-tempat menarik sekitar bandar Kyushu ini. 

keadaan air yg tercemar sebelum ini
air yg kini telah dipulihkan
keadaan udara yg tercemar
udara yg kini telah dipulihkan


Program ini merupakan program dibawah Sakura Science Plan (SSP) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami bagaimana masyarakat Jepun bangkit untuk membina semula alam sekitar mereka yang sebelum ini tercemar. Sememangnya kita tahu Jepun merupakan negara industri dimana terdapat berpuluh ribu kilang industri berat terdapat di Jepun terutamanya di bandar Kyushu ini. Inisiatif daripada warga suri rumah Jepun membangkitkan slogan "Give back the blue sky" telah menjadikan bandar Kyushu kini berubah wajah.


Semasa disana, kami turut menghadiri satu symposium iaitu "Symposium in Engineering and Applied Science (SAES)" dimana symposium ini diadakan bagi para penyelidik dari Jepun dan Malaysia berkongsi pandangan dan ilmu dalam ilmu sains dan kejuruteraan. Saya juga turut terlibat dalam memberi sedikit pembentangan bagi kategori poster.

Sesi bergambar bersama peserta Symposium





Sesi bergambar bersama penyelidik Japan-Malaysia

Penerangan dari salah seorang pembentang
Saya turut terlibat dalam pembentangan



Kenangan bersama Vice Chanselor UPM dan Vice President Kyutech

0 comments:

Post a Comment