Dunia sebagai tempat persinggahan

Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi padanya jalan menuju syurga.

Jadilah hidup seperti Lebah

Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

Gambar di Floating, Semporna

Dalam satu hadis Rasul s.a.w. digambarkan dunia ini umpama kita mencelupkan jari ke dalam lautan yang luas, kemudian kita angkat jari, dan titisan yang masih tinggal di jari, cuma itu sahajalah nikmat dunia.

Hebatnya haiwan Sesumpah

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

Tuesday, 21 December 2010

Nasyid Team SMSLD


Hari nie aku nak ceritakan tentg ahli kumpulan nasyid ak. Nama team nasyid kami ialah ASWATUL HIKAM. Kami nie kira terkenal la jgk kt skolah 2, artis la katakan. Bkn kt skolah saje malah kat bandar Lahad Datu. Bukan nak memuji, tp memang kenyataan..hehe.



Tp agak sedih la jgk sebab kmi dh berpisah, kn dh habis SPM, tak taw la bila nak berjumpa lg sma dorang2 nie. Team kami nie telah dipimpin oleh beberapa orang guru kami iaitu Ust. Yusri, Ust. Kasri, Ust. Aziz, Ustzh. Fadzilah, dan ad la jgk guru2 SMSLD.


Ini gambar persembahan terakhir utk kami nie kt SMSLD. Memang terasa betul dugaan untuk persembahan terakhir nie. Latihan pun terlalu padat, maklumlah kami nie kan calon2 SPM jadi kena la bahagi-bahagikan masa belajar dengan masa latihan. Walaupun latihan kami hanya beberapa jam saje sewaktu malam sebelum persembahan keesokannya, Alhamdulillah kami dapat memberikan yang terbaik utk semua peminat kami. Bermula dari tepi 2 aku, Auzae, Hassan, Sufrizan, dan Zainurin.


Walaupun kami berjauhan sekarang, tapi kami mempunyai satu misi yang sama iaitu SEE U D OVER SEA. Ya, sebagai seorang pelajar, forward thinking adalah satu kemestian. SMSLD kami jadikan sebagai platform untuk kami menyambung pelajaran ke luar negara. Insyallah jika ad rezeki dapat jugak 2. Amin....jdi e2 je hal yg saya ingin kongsikan utk hari ne. Nti sambung lg...Assalamualaikum

Monday, 20 December 2010

IMAN


Iman : Assalamualaikum, bos.
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?
Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..
Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..
Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..
Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih Encik Iman.